KUALA LUMPUR: United Kingdom (UK) mensasar untuk tingkatkan kerjasama dengan Malaysia, termasuk dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi hijau.
Setiausaha Luar UK Liz Truss yang berada di Malaysia awal minggu ini berkata, dengan isu berkaitan alam sekitar menjadi semakin penting kini dan pada masa depan, kedua-dua pihak harus melihat lebih jauh untuk memanfaatkan potensi besar dalam sektor hijau.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya ke arah masa depan hijau, UK awal bulan ini mengumumkan ikrar GBP110 juta (kira-kira RM619 juta) sokongan kewangan kepada Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk membiayai projek infrastruktur rendah karbon dan berdaya tahan terhadap iklim untuk Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
UK ketika ini menjadi tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) di Glasgow dan persidangan itu akan berakhir pada Jumaat (12 Nov).
"Saya berpendapat ada bidang penting untuk kita bekerjasama, mengenai alam sekitar, dan kami juga berminat dengan potensi pelaburan dalam teknologi bersih dan tenaga hijau," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di luar acara lawatan kerja dua hari ke sini.
Selepas Malaysia, Truss ke Thailand dan Indonesia sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sulungnya selama seminggu ke rantau ini untuk mengukuhkan hubungan ekonomi UK dan meningkatkan kerjasama keselamatan dengan negara-negara utama di rantau ini.
"Kami telah lama menjalin hubungan kerjasama dengan Malaysia dan mahu membawanya ke tahap kerjasama baharu. Kami mahu kerjasama yang lebih rapat dengan Malaysia," katanya menjelaskan lebih lanjut mengenai hubungan dua hala UK-Malaysia.
Mengenai ekonomi dan perdagangan, Setiausaha Luar Negeri itu berkata beliau mahu lihat pelaburan timbal balik antara kedua-dua negara.
"Dalam bidang teknologi, kita bercakap tentang teknologi generasi akan datang, bagaimana kita dapat membantu untuk membentuk standard dan berkongsi teknologi serta kepakaran antara kedua-dua negara," katanya.
Semasa lawatannya ke sini, Truss mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Truss juga menekankan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama dalam keselamatan dengan Malaysia, khususnya mengenai keselamatan siber.
Dalam lawatan itu, tiga perjanjian ditandatangani antara Malaysia dan UK iaitu Dialog Strategik antara Malaysia dan UK, Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Penjagaan Kesihatan dan Pertukaran Nota antara IDFR Malaysia (Institut Hubungan Diplomatik dan Luar Negeri) dan Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan, UK.
Menurut Pejabat Perangkaan Nasional UK, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan UK bernilai GBP4.7 bilion kira-kira RM26.47 bilion) dalam empat suku hingga akhir Suku Pertama 2021.
Di peringkat global, UK adalah rakan dagangan ke-19 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-18 dan sumber import ke-19 negara. Pada 2019, jumlah dagangan Malaysia dengan UK meningkat sebanyak 5.3 peratus kepada RM16.45 bilion berbanding 2018.
Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah dagangan dengan UK merosot sebanyak 2.6 peratus kepada RM11.9 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2019 berikutan cabaran kesan pandemik COVID-19.
Daripada segi pelaburan, UK adalah pelabur asing kesembilan terbesar di Malaysia dengan sejumlah 467 projek pembuatan dilaksanakan dengan penyertaan UK bernilai RM10.16 bilion, mewujudkan 39,338 pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Liz Truss berpendapat ada bidang penting untuk kerjasama, mengenai alam sekitar, dan UK juga berminat dengan potensi pelaburan dalam teknologi bersih dan tenaga hijau. - Bernama
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing
Langkah itu dibuat susulan kebimbangan mengenai potensi pengambilalihan Daily Telegraph dan Spectator oleh kumpulan yang disokong oleh UAE.
UK ingin tingkatkan lagi kerjasama dengan Sabah lonjakkan ketibaan pelancong - Pesuruhjaya Tinggi
Kerajaan UK menyemak nasihat perjalanan ke timur Sabah tahun lepas bagi menarik lebih ramai rakyat British melancong ke negeri itu.
Hidap kanser, Raja Charles III ucap terima kasih atas sokongan
Raja Charles meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyokong atas keperhatian mereka setelah didiagnosis kanser.
H.R. Owen pengedar terbaharu jenama kereta Lotus di UK
H.R. Owen menjadi peruncit terbaharu bagi jenama Lotus di UK, memperkenalkan model seperti Evija, Emira, Eletre dan Emeya.
AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman
AS dan UK melakukan serangan itu dengan sokongan beberapa negara lain antaranya, Australia, Bahrain dan Kanada.
Kapal persiaran Norway alami masalah navigasi di Laut Utara akibat ribut
Kapal itu yang berlayar dari bandar Floro di Norway ke bandar pelabuhan Tilbury di UK menghadapi masalah navigasi akibat ribut Pia.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.